Kebangkitan Polis Dan Tentera Petunjuk Umno-BN Dipenghujung Kuasa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Kebangkitan Polis Dan Tentera Petunjuk Umno-BN Dipenghujung Kuasa

MB ceramah bandar tasik selatan 01

BANDAR TUN RAZAK,18 JAN : Kesedaran politik dan kebangkitan yang ditunjukkan anggota polis dan tentera mutakhir ini adalah petunjuk bahawa kekuasaan Umno-BN berada di penghujung.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, anggota tentera adalah kunci perubahan di negara ini yang akan memainkan peranan penting dalam proses keamanan.


“Kita akan buktikan di ambang kejatuhan Umno-BN, anggota keselamatan sudah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat(PR).

“Apabila mereka bersama PR maksudnya jika ada samseng di kalangan Umno yang akan mencetuskan kekacauan dan mengapa-apakan rakyat Malaysia maka anggota tentera dan polis yang akan melindungi rakyat Malaysia,” kata Rafizi.

Ujarnya, PR komited menjaga dan memperjuangkan kebajikan dan pengorbanan anggota tentera.

“Jika PR menang, kita akan tingkatkan caruman kerajaan pada setiap anggota tentera di tambah lima peratus lagi menjadi kepada 20 peratus yang akan dicarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT),” katanya.

Jelas Rafizi juga penyelewengan penggunaan dana LTAT dalam transaksi penjualan tanah yang melibatkan Ketua Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah merupakan pengkhianatan kepada pengorbanan anggota tentera.

“Penyalahgunaan dana LTAT ini memberikan kesan khusus kepada bekas-bekas anggota tentera,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan berkenaan penyelewengan dana LTAT yang menuntut penjelasan daripada kerajaan agar dana itu diguna menjaga kebajikan anggota tentera.

Sementara itu, Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, detik kebangkitan rakyat pada 12 Januari adalah detik penting untuk menghentikan penjajahan Umno BN

Walaupun Utusan Malaysia mengatakan hanya 10,000 yang hadir namun gambar menunjukkan sebaliknya.

Ujarnya jika Pakatan Rakyat memerintah suasana aman akan terserlah seperti mana amannya perhimpunan HKR112.

Sebelum itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sebelah petangnya menyampaikan sumbangan kira-kira 200 beg berisi informasi berkenaan maklumat negeri Selangor kepada kepada pengguna LRT di Stesen LRT Cheras.

MB ceramah bandar tasik selatan 02 MB ceramah bandar tasik selatan 07 MB ceramah bandar tasik selatan 03 MB ceramah bandar tasik selatan 06 MB ceramah bandar tasik selatan 04 MB ceramah bandar tasik selatan 05

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION