Kutipan Premium Tanah Meningkat Kepada RM800 juta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Kutipan Premium Tanah Meningkat Kepada RM800 juta

MB-bantuan-banjir-ijok-01

KUALA SELANGOR, 6 JAN :Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,  kutipan premium tanah meningkat kepada RM800 juta berbanding  RM300 juta sebelumnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  dengan perolehan yang semakin meningkat itu maka ia menuntut kepada sistem penyimpanan yang efektif di mana hasil daripada simpanan itu dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat ketika ditimpa bencana alam.


Katanya dengan adanya sumber ini maka ia memudahkan Kerajaan Negeri  menggunakan wang tersebut di waktu kecemasan.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyimpanan rekod dan data penerima bantuan bencana yang bersistematik dan memudahkan untuk tindakan  selanjutnya.

“Kita mempunyai semua rekod dengan apabila RM2juta kita memberikannya, kita mempunyai dua juta rekod tersebut.

” Ini menunjukkan bagaimana kita menjaga duit itu kerana ia adalah duit rakyat,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Banjir kepada 23 keluarga yang terlibat dalam kejadian itu baru-baru ini yang diadakan di Pekarangan Pejabat Dato’ Menteri Besar di Ijok di sini.

Setiap mangsa terlibat diberikan bantuan kewangan berjumlah RM500 seorang yang terlibat banjir di Kampong Seri Sentosa dan Kampong Bukit Cherakah daripada Tabung Bencana Daerah Kuala Selangor.

Ujarnya, beliau menggesa pihak jabatan dan agensi kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah kejadian banjir dengan membuat perancangan yang efektif.

“Saya sudah mengarahkan setiap Pejabat Daerah untuk membeli mesin pengepaman yang akan digunakan bagi mengalirkan air apabila berlakunya banjir,” kata Abdul Khalid.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin berkata, banjir yang berlaku itu adalah disebabkan kadar hujan yang agak lebat dan menyebabkan air bertakung di kawasan itu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION