MB : Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pengguna Saman Syabas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

MB : Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pengguna Saman Syabas

salbiah-tunut-beg-sekolah-01

KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri  Selangor mengalu-alukan tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika  Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.


“Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato’ Menteri Besar di Ijok di sini.

Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air  masih  milik Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan.

Sebelum ini,kira-kira lebih 100,000 pengguna terjejas gangguan air ekoran kerosakan di dua rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

Menurut laporan media ramai warga peniaga dan pemilik hotel yang mengalami kerugian ekoran kejadian gangguan bekalan air itu.

Sementara itu, isteri Menteri Besar Puan Sri Salbiah Tunut  berkesempatan memberi sumbangan beg sekolah kepada orang beberapa kanak-kanak di sekitar kawasan Ijok.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION