MB : Kerajaan Persekutuan Miliki Golden Share Dalam Syabas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Lizawati Madfa

MB : Kerajaan Persekutuan Miliki Golden Share Dalam Syabas

KDEB 01

SHAH ALAM 16 JAN : Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Incorporated didakwa memiliki ‘Golden Share’ dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), iaitu kuasa mutlak dalam semua keputusan syarikat itu.

Manakala, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) hanya memiliki 30 peratus pegangan saham di dalam Syabas dan ini terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarahnya sahaja.


Pemegang Golden Share adalah pemegang saham syarikat yang mempunyai kuasa veto terhadap semua keputusan syarikat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Puncak Niaga Holdings Berhad yang memiliki pegangan saham majoriti hanya bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan harian bekalan air di Selangor

Abdul Khalid berkata, sebenarnya Kerajaan Persekutuan memainkan peranan utama di sebalik operasi syarikat pemegang konsesi air itu.

“Selain Kerajaan Negeri melalui KDEB, terdapat satu pemilik saham yang istimewa iaitu ‘golden share’.

?Dan (ia) mempunyai semua kuasa dan bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang dibuat Syabas,” katanya ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Sebelum ini, KDEB menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Negeri cuba menutup kelemahannya mengatasi isu gangguan air di Lembah Klang baru-baru kerana ia turut mempunyai pegangan saham Syabas.

Ini dapat dilihat apabila pada Julai tahun lepas, Syabas mencadangkan catuan air di seluruh Lembah Klang dan Selangor tanpa persetujuan dan pengetahuan Kerajaan Negeri.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION