Selangorkini
SELANGOR

MBSA Bakal Sediakan VAN OKU

MBSA rotary kelab van OKU 01

HAH ALAM 8 JAN : Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menikmati kemudahan penghantaran ke hospital secara percuma dengan sebuah van khas.

Menurut Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, kenderaan yang mempunyai ?bumbung tinggi? itu juga boleh digunakan oleh warga emas dan pesakit dialisis.

“Oleh kerana kita mempunyai kenderaan yang terhad, maka kita terpaksa menghadkan penghantaran ke hospital sahaja buat masa ini.

“Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan perlu mendaftar dan membuat tempahan atau ‘appointment’ seminggu sebelum tarikh lawatan,” jelas Mohd Jaafar dalam satu sidang media di pejabatnya pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak MBSA hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik sahaja manakala sebarang urusan di hospital perlu diuruskan mereka sendiri.

“Oleh itu, kita juga mensyaratkan agar mereka ini diiringi ahli keluarga atau kenalan untuk berurusan di hospital,” beritahu Mohd Jaafar lagi.

Terdahulu, beliau menerima cek sumbangan Kelab Rotary Shah Alam berjumlah RM 60,000 yang disampaikan Presidennya, Datuk Vincent Tang.

Sumbangan tersebut merupakan satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kelab Rotary bagi menampung separuh daripada peruntukan membeli van tersebut yang dianggarkan bernilai
RM 120,000.

Manakala MBSA akan membiayai baki kos van tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi MBSA di 03-5511 4246 pada waktu bekerja.


Pengarang :