Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Najib Berdepan Krisis Tentukan Calon PRU-13 Yang Setia Kepadanya

Rafizi SACC PKR

PETALING JAYA, 6 JAN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti.

Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal ‘disingkirkan’ daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13.


Percaturan ini dilihat sebagai usaha monopoli bagi ‘mengikat’ Ahli Parlimen BN supaya terus setia menyokongnya.

“Ini yang saya tidak pernah sebut secara terbuka Umno-BN kini ada masalah dan krisis menentukan calon kerana pimpinan Umno terutamanya sudah nekad untuk ‘buang’ Najib dan Rosmah selepas PRU-13.

“Dia (Najib) tidak akan menang dan Najib akan ‘terpelanting’. Tapi kalau dia (Umno-BN) tipu pun dan menang, Najib akan ‘terpelanting’.

“Kalau lima tahun menjadi perdana menteri cincin Rosmah sudah muat satu dewan, kalau bagi dia lima tahun lagi, lepas ini memang habis Umno. Memang tidak wujud lagi Umno kalau terus bagi Rosmah menjadi Isteri Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor.

Jelas Rafizi lagi, pergeseran Umno-BN dalam meletakkan calon ini akan berlangsung sehingga PRU yang disifatkan ‘tidak nampak bayang dan gelap gelita’ sekaligus bakal memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

“Jadi walau bagaimanapun keputusan PRU-13 Najib akan ‘terpelanting’, masa dia sudah habis.

“Najib tahu Umno akan ‘buang’ dia selepas pilihan raya, Sebab itu dia minta mandat penuh daripada BN untuk dia tentukan calon supaya dia boleh pastikan semua calon BN adalah calon yang setia kepada dia dan Rosmah. Bukannya parti.

“Kalau Perhimpunan Agung Umno sekalipun letak undi tidak percaya dan mahu tukar Najib, kuasa sebagai Perdana Menteri bukan datang daripada undi parti sebaliknya ikut Perlembagaan (negara) datang dari sokongan Ahli Parlimen,” ujarnya lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION