Najib Harus Ambil Tindakan Terhadap Ibrahim Ali | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Najib Harus Ambil Tindakan Terhadap Ibrahim Ali

anwar speech lights 01

PETALING JAYA 25 JAN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus ambil tindakan terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan provokasi yang mengancam kestabilan sosial di Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keengganan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim menunjukkan sikap kepimpinan yang lemah.


“Perkara seperti ini hanya berlaku kerana pemimpin yang ada lemah serta tidak berani untuk menegur, seterusnya mengambil tindakan terhadap ucapan-ucapan provokasi ini.

“Jika pemimpin yang ada kuat, tegas dan berani mengambil tindakan terhadap perbuatan atau perlakuan yang jelas mengancam kepentingan umum, perkara ini takkan berlaku,” tegas Anwar di dalam sidang media di sini.

Ibrahim Ali sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan menyeru supaya Kitab Injil versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dibakar.

Mengulas lanjut Anwar berkata Pakatan Rakyat sama sekali kesal dan membantah keras ugutan yang dilakukan Ibrahim, yang merupakan MP Pasir Mas.

“Kita menerima perbezaan pendapat di kalangan rakyat yang berbilang fahaman dan kepercayaan.

“Namun, kita juga harus zahirkan perbezaan pendapat itu melalui cara yang lebih beradab, bukan secara provokasi melampau,” jelasnya lagi.

Satu risalah mempromosi upacara membakar Kitab Injil pada 27 Januari ini di Pulau Pinang juga giat diedarkan namun sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap pengedaran risalah tersebut.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION