Pemerhati Bebas : Media Utama Malaysia Tidak Adil Buat Liputan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Pemerhati Bebas : Media Utama Malaysia Tidak Adil Buat Liputan

pc holiday villa 01

SUBANG JAYA 10 JAN : Saluran media utama negara ini dilihat tidak adil dan professional dalam memberikan liputan berita kepada pihak pembangkang, ujar wakil Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika, Dr Inayat Malik.

Seharusnya, media perlu memberikan liputan secara adil dan saksama samada pihak kerajaan mahupun pembangkang begi memberikan gambaran jelas dan tanpa bias terhadap orang ramai.


“Kami perhatikan di Malaysia, pihak pembangkang dinafikan hak untuk mendapat liputan adil di media perdana tidak kira media cetak atau penyiaran.

“Kita hanya berpeluang untuk mendengar pandangan dari sebelah pihak sahaja sedangkan pandangan pihak yang lain juga harus diketengahkan untuk dinilai bersama.

“Ini sama sekali satu perkembangan yang tidak sihat sedangkan rakyat perlu diberikan peluang untuk menentukan pilihan mereka,” jelas Inayat dalam satu sidang media di Holiday Villa di sini pagi tadi.

Sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar itu diadakan khusus untuk mengumumkan hasil misi pencarian fakta berkaitan reformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia.

Inayat yang hadir ditemani dua lagi wakil lain tiba di ibu negara sejak Isnin lalu bagi memerhati proses pilihan raya Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) nanti.

Selain menekankan kebebasan media, isu lain yang turut diberi perhatian ialah tahap integriti daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan peranan kerajaan dalam menjamin keadilan serta memastikan tiada kejadian salah guna jentera kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Walaupun kami hadir dengan jemputan daripada pihak pembangkang, namun apa saja pemerhatian yang kami lakukan adalah bebas dan neutral tanpa berpihak atau ‘in favor’ kepada mana-mana parti, individu atau organisasi,” tegas Inayat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION