Penduduk Selayang Suarakan Kemarahan Kepada Syabas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Penduduk Selayang Suarakan Kemarahan Kepada Syabas

Dialog Syabas YB Williams 01

SELAYANG 15 JAN : Sebuah sesi dialog bagi menerangkan gangguan bekalan air di Selayang antara penduduk dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) gagal menenangkan kemarahan penduduk yang tidak dapat menerima alasan daripada syarikat itu.

Sesi yang berlangsung semalam memlihatkan penduduk di Selayang Jaya, Selayang Baru dan Selayang Height menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil Syabas Eksekutif Kanan (Teknikal) cawangan Gombak, Rahmat Bidin.


Antara alasan yang diberikan Syabas berhubung masalah bekalan air yang telah berlangsung sejak enam bulan dahulu adalah pembekuan program Perbelanjaan Modal (Capex) oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran paip lama yang memakan masa.

Gangguan bekalan menjadi lebih teruk beberapa minggu lalu, apabila paip lama di kawasan tersebut pecah.

Seorang penduduk Fakaruddin Tahir yang mengadu tentang tekanan air di rumahnya yang terlalu tinggi, berkata wakil Syabas gagal memberi respons kepada aduannya.

?Apa yang saya tanya, encik tak jawab,? Fakaruddin dipetik berkata kepada tiga pegawai Syabas.

Apabila ditemui selepas sesi itu, Fakaruddin mengulangi pendiriannya bahawa Syabas kurang prihatin terhadap masalah di kawasan Selayang.

“Puncanya Syabas lambat bertindak bagi mengatasi masalah. Sekarang ini bila masalah timbul macam paip pecah, bermacam alasan diberinya,” kata Fakaruddin.

Bagi Loh Thiam Fook pula, Syabas gagal menggunakan dana yang telah diperuntukan kepada syarikat itu.

“Saya pun tidak tahu apa dibuat Syabas sedangkan peruntukan geran RM 250 juta diberikan untuk kerja proses Air Tidak Berhasil (NRW).

?Memang tidak patut Syabas tidak selesaikan masalah bekalan air ini,” ujarnya.

Sebelum itu, MP Selayang, William Leong Jee Keen memberitahu peserta sesi itu bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberi geran RM 24 billion untuk kerja-kerja pengurusan industri air.

“Syabas syarikat swasta yang membuat untung malah mereka diberikan peruntukan geran RM 24 billion oleh Kerajaan Persekutuan.

William juga menyangkal dakwaan Syabas bahawa Kerajaan Negeri telah membekukan capex kepada Syabas.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga membayar Syabas bagi setiap 20 meter padu air percuma bernilai RM 11.44 yang diberikan kepada rakyat.

“Alasan paip lama 40 tahun juga tidak boleh diterima kerana kenapa sebelum 2008 bila mengambilalih urusan bekalan air masalah ini tidak diatasi,” kata William.

Ini sebagai respons kepada Rahmat yang berkata gangguan bekalan air berpunca daripada paip berusia hingga 40 tahun dan proses penukaran paip lama kepada baru yang memerlukan masa.

“Kita juga memberikan keutamaan bagi penyelesaian ini mengikut kawasan dengan yang kritikal didahulukan.

“Proses penukaran dan baikpulih ini sudah berjalan sejak 2007 bila Syabas mula mengambilalih operasi air pada 2005 bagaimanapun terpaksa dihentikan bila Kerajaan Negeri membekukan perbelanjaan modal pada 2008,” katanya.

Dialog Syabas YB Williams 02 Dialog Syabas YB Williams 03

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION