PKR Sasar Menang 60 Kerusi Tawan Putrajaya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

PKR Sasar Menang 60 Kerusi Tawan Putrajaya

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PETALING JAYA, 8 JAN : PKR bersedia untuk menyumbangkan kemenangan 60 kerusi Parlimen bagi menjamin kemenangan bersama Pakatan Rakyat(PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Keyakinan ini disuarakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam ucaptama ketika merasmikan Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor anjuran bersama Majlis Pimpinan Negeri dan Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor.


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurutnya, perkara ini dinyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat berdasarkan penelitian prestasi parti di beberapa Parlimen, khususunya kerusi yang diwakili PKR pada tahun 2008 dan beberapa kerusi tambahan yang bakal ditandingi.

“Daripada simulasi yang kita lakukan, audit berdasarkan keaggotaan parti, gerak kerja dalam tempoh setahun yang lalu, beberapa maklumat daripada NGO, ada beberapa kawasan baru yang kita punya sokongan dan kekuatan yang cukup kuat.

“Setelah kita meneliti keseluruhannya, dalam Majlis Pimpinan Pusat (semalam) kita mengesahkan dan mengenalpasti 60 kawasan yang PKR tandingi InsyaAllah akan kita menangi dalam PRU-13,” katanya ketika ditemui di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bercakap dihadapan hampir 300 petugas PKR tegas Azmin, PR kini tidak lagi membicarakan soal mahu menjadi pembangkang yang kuat mahupun menafikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen sebaliknya memberikan fokus sepenuhnya kepada usaha menawan Putrajaya.

Dalam PRU-12 tahun 2008, PKR berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen daripada 97 kerusi Parlimen yang ditandingi secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak ini turut mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno bakal melantik Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis selaku ketua ‘perang saraf Umno’ (War Room) bagi mematahkan segala tomahan dan isu dibawa Pakatan Rakyat menjelang PRU-13

Tambah Azmin, keadaan ini jelas menunjukkan Umno semakin ketandusan tokoh berwibawa dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat kepada mereka.

“Itu masalah Umno (perlantikan Jamaludin Jarjis) yang menunjukkan mereka tidak punya tokoh wibawa dan mempunyai etika yang baik dalam memimpin tentera Umno.

“Seperti maklumat yang kita perolehi, mereka akan kitar semula fitnah-fitnah yang telah dilancarkan selama 15 tahun ini menjelang PRU akan datang.

“Semua ini tidak akan melemahkan semangat dan komitmen saya dan Ketua Umum (Anwar Ibrahim) serta pimpinan PKR. Keyakinan kita rakyat mahukan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan amanag serta punya kepedulian dalam hal rakyat. Saya cukup optimistik kita akan mencatakan kemenangan besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau lagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION