Selangor Lancar Bulan Integriti Tangani Rasuah Dan Karenah birokrasi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Selangor Lancar Bulan Integriti Tangani Rasuah Dan Karenah birokrasi

MB Loji Semenyih 02

SHAH ALAM 15 JAN : Proses urus tadbir yang baik atau ‘good governance’ yang diamalkan Kerajaan Negeri Selangor mampu menjadikan negeri ini bertambah maju sekiranya pentadbiran awam mengamalkan prinsip integriti, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bulan Integriti Peringkat Negeri dan Pelancaran Pelan Strategik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri


Dalam perkara itu, Abdul Khalid menggariskan perkara utama yang menjadi fokus integriti antaranya adalah mengurangkan gejala rasuah yang terbukti sebagai bentuk kegagalan dalam sektor perkhidmatan awam mahupun swasta.

Jelasnya, gejala rasuah itu dapat menindas golongan kurang bernasib baik seterusnya mengakibatkan wujudnya karenah birokrasi dalam pentadbiran.

“Prinsip ini perlu diamalkan oleh lebih 7,000 penjawat awam di negeri ini. Ia kerana segala kepincangan prosedur seperti kelewatan pemprosesan sesuatu permohonan yang diakibatkan oleh karenah birokrasi mampu menggalakkan amalan rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, satu tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap pegawai-pegawai yang didapati tidak berintegriti serta terlibat dalam rasuah mahupun salah guna kuasa.

Beliau berkata bagi kes yang serius, tindakan menahan gaji, turun pangkat atau tindakan lain wajar dikenakan.

“Hal ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam usaha menangani perlakuan tidak berintegriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. Tindakan itu diambil kerana adalah tidak memadai jika mengenakan amaran pentadbiran sahaja.

“Dalam pada itu, sistem ‘reward’ atau pemberian anugerah perlu dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, enam teras utama turut digariskan dalam Pelan Strategik pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dalam memenuhi hala tuju pembangunan Selangor 2025 bagi tahun 2013 hingga 2017.

Antaranya pengukuhan koordinasi dan kerjasama antara sektor awam dan swasta ; pengurusan kewangan dan projek yang cekap dan efektif ; pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa ; memperkasa dan memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan ICT ; perkhidmatan perbandaran dan infrastuktur yang sistematik dan pemantapan pengurusan risiko.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION