Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Selangor Telah Lakukan Lebih Daripada Dijanjikan Untuk Warga Emas

Jom Shopping Pelabuhan Klang

SHAH ALAM 29 JAN: Pakatan Rakyat Selangor telah melakukan lebih daripada apa yang dijanjikan daripada manifesto pilihanrayanya untuk golongan warga emas kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini dapat dilihat di dalam program-program dibawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu skim khairat kematian dan Jom Shopping.

Skim khairat kematian menyediakan RM 2,500 kepada ahli keluarga warga emas apabila mereka meninggal dunia.

Manakala Kerajaan Negeri memberikan baucer membeli-belah RM 100 melalui program ‘Jom Shopping’.

“Mengikut pandangan kita, kita dah buat lebih daripada apa yang kita janjikan.”

“Untuk menambah baik, kita laksanakan Jom Shopping dan itu tak termasuk dalam rancangan kita dahulu,” jelasnya di dalam satu sidang media di Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan laporan mengenai sekumpulan warga emas yang mahu memfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor.

Laporan itu mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan janji pilihanraya ke-12 untuk memberi caruman takaful RM 2,500 kepada warga emas.

Akhbar milik Umno-BN itu didakwa menyiarkan laporan demonstrasi sekumpulan warga emas yang menuntut Kerajaan Negeri melunaskan jumlah caruman berjumlah RM 1.25 bilion secara beperingkat.

Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo dipetik sebagai berkata sebanyak 2,000 warga emas akan membuat tuntutan yang berjumlah RM 500,000 daripada Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri bersedia memberi penjelasan di mahkamah bagi menjawab dakwaan tersebut.

“Boleh, teruskan ke mahkamah, itu memang digalakkan.?


Pengarang :