Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR

mat sabu selayang

KUALA LUMPUR 7 Jan : Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.

Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.


Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.

Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.

“Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.

“Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.

“Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih” kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.

HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Setakat ini, Permodalan Nasional Berhad, syarikat yang mengurus Stadium Merdeka masih tidak memberi kebenaran kepada PR untuk menggunakan tapak tersebut.

Ini walaupun PR telah mengemukan permohonan untuk menyewa tapak terbabit.

Himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada April 28 tahun lalu menarik 250,000 peserta yang turun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan agar memperbaiki sistem pilhanraya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION