Selangorkini
SELANGOR

14 Hari Tamat : Kerajaan Negeri Umum Langkah Seterusnya Ambilalih Industri Air

air-syabas_MB1

KLANG 18 FEB : Kerajaan Negeri akan mengumumkan langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran pengambilalihan industri air telah tamat hari ini.

Pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas majlis mesyuarat kerajaan negeri Rabu ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.

“Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam,” katanya dalam sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa di sini hari ini.

Dua minggu lepas, Kerajaan Negeri telah menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).

Ketiga-tiga syarikat diatas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat.

Walaubagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.

Minggu lepas, Kerajaan Negeri berkata ia akan memohon semakan kehakiman sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.

Hari ini Abdul Khalid berkata, sekiranya tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa.


Pengarang :