Khalid Samad : Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta | Selangorkini


Khalid Samad : Kos Satu Bilik Darjah Dibina Umno-BN Bernilai RM1 Juta

Sekolah Tamil Midland 03

SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.

Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM.4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.

Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.

Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

“SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.

“Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta,” kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.

“Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.

“Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat,” kata Khalid.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Syarizat Xylog


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION