Selangorkini
NASIONAL

Minyak, Api, Air Rendah, Kereta Baru Serendah RM 25,000, Bila PR Memerintah

pakatan putrajaya 1

SHAH ALAM 25 FEB :  Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.

Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.

Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.

PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.

Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.

“Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.?

PR juga akan mengambil alih lebuhraya secara beperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.

Pembiayaan operasi lebuhraya itu mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya.

Manakala harga barang akan turun apabila monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan pemerintah Umno-BN dihapuskan.

“Sebagai contoh, monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara ? dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula,” katanya.

Manakala bagi kereta, cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

“Ketika ini, cukai eksais dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70 peratus seterusnya melonjakkan harga kereta.

“Justeru, PR percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah,” katanya.


Pengarang :