Selangorkini
NASIONAL

Perjanjian Boustead dan Syarikat Milik Wanita Umno Selangor Disemak

rafizi29

HULU KELANG 17 FEB: Perjanjian jual beli tanah yang melibatkan Boustead Holdings Berhad (Boustead), dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, akan disemak bagi meneliti jika wujud penyelewengan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau kini merupakan pemegang saham Boustead yang membolehkannya menyemak perjanjian itu jika terdapat bukti penyalahgunaan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sebelum ini, Boustead yang merupakan unit pelaburan LTAT, telah membeli syarikat kepunyaan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dan syarikat Deepak dengan wang berjumlah RM 160 juta.

“Bulan lepas saya dah beli saham Boustead dan sekarang saya dalah pemegang saham rasmi Boustead Holdings.

?Hari Rabu ini, Insyallah, kita akan pergi beramai-ramai ke Boustead, kita akan semak setiap helai daripada perjanjian.

“Kalau ada sikit penyelewengan pun dan kalau ada sikit kesilapan pun, kita akan bawa ke mahkamah supaya wang RM 160 juta ini kita dapat selamatkan daripada dicuri mana-mana pihak,” tegasnya dalam satu siri ceramah di Taman Rekreasi AU3, Keramat Wangsa semalam.

Baru-baru ini, Rafizi dan beberapa bekas anggota tentera dihalang oleh pengurusan Boustead daripada menyemak perjanjian itu.

Alasan Boustead adalah pencarum LTAT tidak dibenarkan menyemak dokumen jual beli tanah itu.

LTAT menyimpan caruman daripada potongan gaji anggota tentera.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Boustead membeli kedua-dua syarikat itu dengan alasan mahu memiliki tanah berkeluasan 200 ekar di Bukit Raja, Klang.


Pengarang :