PKNS Bina Kompleks Kediaman Pekerja Industri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

PKNS Bina Kompleks Kediaman Pekerja Industri

pkns 1

KELANA JAYA, 26 FEB : Sebuah Kompleks Kediaman Pekerja Industri Bersepadu untuk kemudahan pekerja industri yang lebih selesa dan teratur bakal didirikan di tapak seluas 6.08 ekar di SS 8/6 di sini.

Blok pertama yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu bakal siap menjelang Disember 2015 yang boleh menempatkan kira-kira 10,000 warga industri.


Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, projek ini memenuhi keperluan ‘Workers Accomodation : Process And Standarts’ yang ditetapkan International Finance Corporation dan European Bank untuk pembinaan semula dan pembangunan.

pkns 3“Ia merupakan satu-satunya projek kediaman bersepadu seumpamanya di Selangor.

“Projek ini nanti juga bakal memberikan kemudahan kepada pekerja dengan penyediaan jejantas dan laluan berbumbung serta tambahan 1,500 kemudahan tempat letak kereta,” kata Othman.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor adalah negeri yang terbaik untuk pelaburan di negara ini apabila sejak 2008 jumlah pelaburannya mencecah RM50 bilion.

Ujar beliau, pembinaan asrama ini akan meningkatkan kepercayaan pelabur untuk terus mengembangkan perniagaannya di negeri ini.

pkns 2“Kawasan Sungei Way perlu dibangun semula untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Petaling Jaya.

“Usaha pembangunan di Petaling Jaya perlu diperhebatkan dan menganggap usaha yang positif ini perlu dipercepatkan,” kata Abdul Khalid.

Dalam program itu Abdul Khalid merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Datum In-City yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Him.

Kompleks Kediaman Pekerja yang menempatkan 432 unit kediaman dengan tiga rekabentuk setiap satu seluas 475 kaki persegi, 865 kaki persegi dan 971 kaki persegi itu bakal dihuni pekerja Western Digital Malaysia Sdn Bhd.

Ia juga akan digunakan pekerja industri di kawasan sekitar yang menerapkan konsep kehijauan menerusi penyediaan taman berlandskap di atas bumbung dan podium setiap tingkat selain hab pengangkutan yang strategik.

Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan ialah kedai mini, tempat makan dan surau serta dilengkapi kawalan keselamatan yang merupakan sebuah projek perkongsian bijak antara Kerajaan Negeri, PKNS dan Western Digital.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION