Selangorkini
NASIONAL

PR Laksanakan Caruman Jaringan Sosial Wanita, Bantuan Warga Emas

ccsb-ads

Selangor merdeka 01

SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat mengiktiraf secara jelas sumbangan wanita dengan menggariskan janji khusus dalam usaha memartabatkan kaum wanita dalam Manifesto Harapan Rakyat.

Antara lain, PR akan mensasarkan penglibatan seramai 30 peratus kaum wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017.

Apabila mentadbir negara kelak, PR juga akan melaksanakan Caruman Wanita Malaysia di mana setiap isteri akan layak menerima caruman tersebut sebagai jaringan keselamatan sosial bagi menjamin kebajikan mereka.

Dasar caruman tersebut mewajibkan suami mencarum mengikut kadar pendapatan (di antara RM 10 sebulan hingga RM 100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman.

“Wang caruman boleh dikeluarkan oleh isteri dalam keadaan tertentu yang cukup syarat seperti penceraian, musibah, kemalangan dan genap umur 50 tahun,” dipetik dari kandungan manifesto.

Selain caruman daripada suami, pihak kerajaan juga akan turut sama menyumbang RM 50 sebulan bagi setiap isteri dengan caruman tersebut akan diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) sebagai sebahagian dari jaringan keselamatan sosial.

Bagi warga emas, Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas di mana setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM 1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan bebanan hidup mereka.

ends


Pengarang :