Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Sultan Selangor Setuju Pembubaran DUN Selangor

sidang DUN wide 11

SHAH ALAM 20 FEB : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba masanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan Sultan Selangor menyatakan demikian dalam pertemuan mingguan bersamanya yang diadakan hari ini.

“Tuanku bersetuju…saya akan mengumumkan pembubaran DUN pada masa yang sesuai dan secara teratur.

“Sultan tiada halangan dengan pembubaran DUN,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sudah bersiap sedia dengan pembubaran itu untuk menghadapi pilhan raya biarpun tidak menyatakan bila ia akan dilakukan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga tiada masalah seandainya pilihan raya itu dijalankan berasingan atau serentak dengan peringkat parlimen.

Sebelum ini, Abdul Khalid pernah menyatakan Kerajaan Negeri akan membubarkan DUN Selangor selepas sambutan perayaan Chap Goh Mei ini.


Pengarang :