Selangorkini
NASIONAL

Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Anggota Keselamatan Terkorban Di Lahad Datu

Lahad Datu Anwar copy

SHAH ALAM 1 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu hari ini.

Mereka yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando.

Melalui satu kenyataan media Anwar berkata, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

“Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?, soalnya.

Tambahnya, Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Pengarang :