Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Terus Sokong Kerajaan Negeri Agar Dasar Pro-Wanita Dipertingkatkan

jom shopping ibu tunggal mb 03

SHAH ALAM 8 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru 810,000 pengundi wanita di Selangor terus menyokong Pakatan Rakyat supaya program dan dasar yang banyak memberi faedah kepada wanita dapat dipertingkatkan.

Abdul Khalid berkata pentadbirannya akan terus memperkukuh program dan dasar terhadap wanita di Selangor yang meliputi program rumah mampu milik, pendidikan, bantuan ibu tunggal serta warga emas.

“Saya menyedari dengan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barang yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji maka kerajaan negeri telah menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,300 dan memberi peluang membeli belah untuk warga emas serta ibu tunggal.

“Golongan wanita sentiasa dijadikan sasaran jenayah dan Kerajaan Negeri menyokong penuh program Wanita Menentang Jenayah (Mothers Against Crime),” katanya.

jom shopping ibu tunggal ijok 06Kerajaan Negeri juga memberi peluang kepada wanita untuk mendapat latihan melalui Program Memperkasakan Wanita di bawah Geran Selangorku dengan peruntukkan sebanyak RM30 juta.

?Seperti sedia maklum, di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kita menyediakan dua program khas untuk wanita iaitu Skim Kesihatan Wanita (Mammogram) dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA), ? Abdul Khalid berkata di dalam kenyataannya sempena sambutan Hari Wanita sedunia hari ini.

Ekoran peningkatan kos sara hidup, Kerajaan Negeri sejak lima tahun lalu memperkenalkan Program Jom Shopping kepada warga emas serta yang baru dilancarkan awal tahun ini, Program Jom Shopping khusus untuk golongan ibu tunggal.

Malah, tindakan Kerajaan Negeri melantik wanita sebagai Yang Dipertua Majlis dan Datuk Bandar wanita yang pertama di negara ini juga merupakan pengiktirafan yang tinggi khususnya buat penjawat awam wanita di Selangor.

Sehubungan itu, demi meneruskan kecemerlangan dan kelangsungan agenda memperkasa wanita, Adun Ijok itu menyeru 52 peratus pengundi wanita berdaftar untuk terus bersama Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

?Di peringkat nasional, kita seru wanita agar mengundilah demi perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,? pesan Abdul Khalid.


Pengarang :