Selangorkini
NASIONAL

‘Mahu Kembalikan Maruah Rakyat Sementa’

Dr Daroyah Alwi_01

KAPAR 23 APRIL : Calon PKR DUN Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata beliau mahu mengembalikan maruah rakyat yang tercalar pada Pilihan Raya 2008 lalu.

“Saya mahu kembalikan maruah DUN Sementa yang tercalar pada 2008, kerana tidak dapat hantar calon ke DUN untuk selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui selepas program bertemu rakyat di Pasar Pagi Pekan Kapar.

Dalam pilihan raya 2008, calon BN Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding

Berhubung dakwaan Umno-BN bahawa beliau adalah orang luar dan bukan anak tempatan, Dr Doroyah pantas menolak dakwaan tersebut.

Dr Daroyah menegaskan beliau merupakan anak tempatan yang lahir di Bukit Kapar.

“Saya bukan orang luar. Saya lahir di Bukit Kapar, dulu sebelum dipecahkan, Bukit Kapar berada di dalam DUN Sementa.

“Ramai saudara mara saya di sini. Ini kawasan saya. Saya hairan kenapa orang kata saya orang luar,” jelasnya.

Sementara itu, turut serta dalam program bertemu rakyat ialah Calon PKR kerusi Parlimen Kapar, G.Manivannan.

Manivannan berkata. tempoh memperkenalkan diri penting berikutan beliau ‘muka baru’ walaupun beliau anak jati Selangor.

“Saya percaya rakyat Kapar dapat menerimanya demi meneruskan kecemerlangan bekas MP Kapar, S Manikasagam.

“Penerimaan rakyat setakat ini sangat memberangsangkan, kami dapat sokongan daripada Ketua-ketua Cabang dan YB Mike sendiri,” katanya.

 


Pengarang :