NASIONAL SELANGOR

MB : Hari ke-3 Kempen, Najib Sudah Langgar 3 ikrar Pilihan Rayanya Sendiri

MB PC PKR 22 April 01

SHAH ALAM, 22 Apr: Meskipun kempen Pilihan Raya Umum ke 13 baru masuk hari ketiga, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tiga kali melanggar Ikrar Intergriti Pilihan Raya.

Ini disahkan badan anti-rasuah antarabangsa Transperancy International (Malaysia) yang menandatangani ikrar tersebut bersama Najib Febuari lalu.

Menurut bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kesalahan pertama adalah pada 8 April lalu di mana Najib mengumumkan 725,000 pesara kerajaan akan menerima “Kad Privilege 1Malaysia”.

Sebelum ini, kad itu hanya diberi kepada polis dan anggota tentera sahaja.

Kesalahan kedua, pada 9 April, Najib mengumumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta di Perak dengan usahasama dengan sebuah syarikat dari China.

Manakala pada 18 April Najib sekali lagi melanggar akujanjinya apabila mengumumkan pembinaan 10,000 unit kediaman perumahan penjawat awam 1 Malaysia.

“Tindak tanduk beliau dengan Kerajaan Umno-BN terang-terang melanggar akujanji tersebut dengan mengumumkan projek mega dan program melibatkan peruntukan dana awam walaupun Kerajaan Persekutuan hanyalah pentadbir sementara.

“TI telah memberitahu kita dan mengesahkan BN telah melanggar Ikrar sekurang-kurangnya tiga perkara,” kata beliau dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Selangor di sini pagi tadi.

Pada 20 Febuari lalu Najib menandatangani Ikrar tersebut bersama Presiden TI, Datuk Paul Low bagi mengumumkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kempen yang berintegriti.

Menurut Abdul Khalid tindakan Najib sebagai pemimpin utama Umno-BN amatlah dikesali.

“Tindakan khianat terhadap akujanji itu amat berbeza dengan amalan Kerajaan PR Selangor dan Pulau Pinang.

?Yang dari awal-awal lagi pada 2008 sehingga sekarang melarang penggunaan aset kerajaan dengan tatacara yang tidak teratur dan bukan pengunaan itu untuk meraih undi politik,” ujar Abdul Khalid.

Ketika menjawab satu soalan, Abdul Khalid berkata TI sendiri mengakui Kerajaan PR Selangor sudah melaksanakan pentadbiran berintergriti sejak 2008 lagi.

Ini dapat dilihat dalam penubuhan dan perlaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang telah bersidang setiap tahun pada penggal lepas.

“Saya juga meminta syarikat-syarikat (Kerajaan Negeri) seperti PKNS dan Kumpulan Semesta juga menandatangani ‘Intergiriti Flash’ yang sudah dilaksanakan beberapa bulan yang lepas,” katanya lagi.


Pengarang :