118 NGO India Selangor Harap Dr Xavier Kekal Sebagai Exco | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

118 NGO India Selangor Harap Dr Xavier Kekal Sebagai Exco

NGO-India

SHAH ALAM, 15 MEI: 118 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili etnik India di Selangor berharap Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri .

118 NGO tersebut termasuklah Gabungan NGO India Malaysia, Tamil Foundation Malaysia, Child Informatioan Learning and Development Centre (CHILD) Education Welfare Research Foundation (EWRF) dan Selangor Action Team.


Gesaan tersebut dibuat berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Dr Xavier sepanjang lima tahun menerajui Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin sebelum ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midland, K Uthayasoorianee, antara kejayaan Dr Xavier, meningkatkan kemudahan serta suasana pembelajaran lebih baik di sekolah Tamil dan memperbaiki  kehidupan masyarakat India di kawasan ladang seluruh Selangor.

“Dr Xavier berjaya memastikan agar SRJK Tamil di Selangor dapat bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri,” kata K Uthayasoorianee dalam satu sidang media di Midland Convention Centre di sini.

Selain itu, Setiausaha Gabungan NGO India Malaysia, Gunaraj George berharap agar DAP turut mencalonkan seorang lagi Adun dari kaum India sebagai calon Exco sekaligus menjadikan dua Exco kesemuanya.

Bagaimanapun menurut Gunaraj, beliau menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh DAP Selangor.

Dalam PRU-13 yang berlangsung 5 Mei lalu, PR Selangor berjaya membentuk semula kerajaan apabila menang dengan majoriti dua pertiga di negeri itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang  berkata proses pemilihan Exco sedang dijalankan dan akan diumumkan minggu hadapan selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION