NASIONAL SELANGOR

50 Individu Pecah Kereta Penyokong PR Di Ceramah Pandamaran

charles pandamaran kompleks sukan 01

KLANG 4 MEI : Kira-kira 50 individu yang disyaki penyokong Umno-BN bertindak memecahkan kereta penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Kompleks Sukan Pandamaran, malam semalam.

Difahamkan, individu tersebut datang dengan 10 buah kereta dan turun untuk membuat provokasi di ceramah ‘Grand Count Down’ PR kira-kira jam 10 malam.

Namun, disebabkan penyokong PR tidak mengendahkan mereka, individu tersebut bertidak memecahkan kereta penyokong-penyokong PR yang diletakkan di kompleks itu.

Oleh kerana marah dengan kejadian itu, penyokong PR yang terdiri dari dari ahli DAP bertindak mengejar mereka sehingga ke Pasar Pendamaran.

Menurut Ketua Bilik Gerakan Pelabuhan Klang, Saiful Iman Sabudin, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam hingga 12 malam.

“Penyokong BN itu memecahkan cermin kereta menggunakan objek keras seperti kayu besbol,” katanya ketika dihubungi.

Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago juga mengesahkan kejadian itu.

“Saya difahamkan seorang daripada penyokong BN cedera. Kejadian itu berlaku tidak terduga, walaubagaimanapun ia berjaya diselesaikan oleh pihak polis,” katanya.

Beliau menyeru semua penyokong parti untuk bertenang dan tidak bertindak sesuka hati sehinggakan mendatangkan kecederaan dan kerosakkan harta.

Satu laporan polis juga dibuat oleh pihak penganjur ceramah tersebut.


Pengarang :