Anwar : Api Perkauman Umno-BN Untuk Alih Perhatian Rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Anwar : Api Perkauman Umno-BN Untuk Alih Perhatian Rakyat

anwar taman ampang 1 mei 02

SHAH ALAM 14 MEI : Umno-BN cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada realiti bahawa mereka adalah kerajaan yang menerajui negara tanpa undi popular dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sentimen itu ditujukan khasnya kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR), iaitu Pas, DAP dan PKR.


Anwar berkata PAS yang didominasi golongan Melayu Islam dilabel sebagi pengkhianat bangsa dan agama, DAP pula sebagai ‘chauvinist’ Cina sementara PKR yang diterajuinya dimomokkan sebagai musuh utama negara.

“Tanpa undi popular dan setelah mencuri lebih 30 kerusi parlimen daripada Pakatan (Rakyat), mereka (BN) sebenarnya perampas.

“Justeru, tiada pilihan lain, mereka cuba untuk mengalihkan tumpuan dari penipuan tersebut dengan menabur elemen hasutan kebencian bangsa dan perkauman,” tegas Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, menurun daripada 140 kerusi yang diperolehinya pada pilihanraya 2008.

Manakala Pakatan berjaya menawan 89 kerusi parlimen, lebih tujuh daripada 82 yang dimenanginya pada 2008.

DAP memperolehi 38 kerusi, PKR 30 kerusi sementara PAS memenangi 21 kerusi.

Walaupun BN berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, peratusan undi popular PR adalah lebih tinggi dengan 51 peratus berbanding BN yang hanya berjaya memperoleh 47 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas keputusan PRU13, mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan raya kali ini adalah ?tsunami Cina?.

Kenyataan itu disokong pula paparan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang mengeluarkan artikel bertajuk ‘Apalagi Cina Mahu?’.

Dua hari lepas pula, seorang bekas hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu.

Ekoran kerancakan sentimen perkauman yang terus dimainkan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menolak propaganda jahat BN dalam menyulam benang kebencian.

“Saya menyeru semuanya tidak kira anda Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau etnik lain untuk menolak BN.

“Lebih lama lagi bersama BN, ini bermakna lebih lamalah kita akan bersama parti yang akan membawa negara ini ke arah kemusnahan,” tambahnya lagi.

ends

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION