Anwar Gesa Pengundi Buat Puluhan Ribu Laporan Polis Isu Penipuan Pilihan Raya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Anwar Gesa Pengundi Buat Puluhan Ribu Laporan Polis Isu Penipuan Pilihan Raya

blackout suara rakyat 505 01

PETALING JAYA, 26 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu membuat laporan polis berhubung penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya tersebut.

Salinan laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat-pejabat PKR, PAS atau DAP yang berdekatan bagi membuktikan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.


Laporan yang dikumpulkan itu seterusnya akan digunakan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya.

“Kita mahu puluhan ribu laporan polis, paling kurang tentang dakwat kekal.  anwar suara rakyat 505 01

“Saudara, saya nak minta tiap orang yang mengundi yang hari pertama mengundi dakwat kekal dah pun hilang buat laporan polis.

“Selain itu, pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang lain sudah mengundi menggunakan namanya juga kena buat laporan polis,” ujar Anwar dalam ceramahnya di Kemuncak Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur AMcorp Mall di sini malam tadi.

Anwar berkata lagi, sekurang-kurangnya terdapat 30 kerusi parlimen yang dipercayai dimenangi BN dengan cara penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Selain itu, Anwar turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai bukti dan melihat sebarang penipuan pilihan raya turut berbuat demikian.

Anwar turut menggesa agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan kerana bersengkokol dalam penipuan bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya yang dianggap terkotor dalam sejarah negara.

berhimpun haram malaysia suara rakyat 505 01Selain Anwar, turut senada dengan desakan tersebut, barisan kempimpinan PR lain yang berucap, Nurul Izzah Anwar, N Surendren, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli, Badrul Hisham Shaharin, Khalid Samad, Ronnie Liu dan lain-lain.

Anwar turut menemplak laporan akhbar The Star yang didakwanya sengaja menyembunyikan kenyataan penuh Pejabat Setiausaha akhbar Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang menyentuh isu penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan keduataannya itu, Kerajaan Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan terdapat unsur-unsur mencurigakan dalam perjalanan pilihanraya.

Kenyataan itu turut berkata adalah diharapkan bahawa unsur-unsur tersebut diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia.

Sebaliknya menurut Anwar, akhbar tersebut hanya melaporkan ucapan tahniah dari Obama sahaja, bagi memberikan gambaran seolah-olah negara kuasa dunia  itu mengiktiraf keputusan pilihan raya negara ini.

Himpunan Suara Rakyat 505 yang diadakan malam tadi dihadiri kira-kira hampir 50,000 perserta.  hujan payung suara rakyat 505 01

Selain ucapan pemimpin PR, pentas turut digegarkan dengan nyanyian lagenda blues negara, Ito dengan lagu Ubah dan Apo Nak Dikato.

Ketika di pertengahan perhimpunan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham turut membuat gimik dengan memadamkan lampu sebagai simbolik kepada insiden ‘blackout’ ketika pengiraan undi dalam PRU-13 lalu.

Perhimpunan tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dengan diiringi nyalaan lilin dan pemetik api.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION