Anwar : Najib Tidak Tandatangani Perjanjian | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Anwar : Najib Tidak Tandatangani Perjanjian

anwar wan azizah laporan polis 01\

PETALING JAYA, 27 MEI: Perjanjian yang dibuat di antara Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak sah kerana Najib sendiri tidak tandatangani perjanjian itu.

Oleh itu dakwa Anwar, tiada timbul soal beliau memungkiri perjanjian tersebut yang diatur mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum Pru-13.


Anwar berkata terdapat tiga syarat di dalam perjanjian itu yang harus dipersetujui oleh beliau dan Najib sekiranya ia boleh ditepati.

“Pertama, kedua-dua pihak setuju perjalanan dan etika kempen dipatuhi. Ruang di media tidak ada serangan peribadi, tidak ada kecaman dan fitnah melalui media seperti yang dilakukan Utusan dan Tv3.

?Saya sebut secara khusus. Baca sahaja Utusan dan tonton Tv3. Ini harus dihentikan. Tidak ada pertikaian dalam perbincangan tersebut.

“Kedua pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Di Indonesia disebut Pemilu Jurdil.

“Yang ketiga, berdasarkan kedua-dua faktor diatas, transisi berlangsung aman dan kedua-dua menerima keputusan dengan baik.

?Ditambah tidak ada unsur dendam atau pendakwaan politik jahat, tidak ada rasa hukum orang berdasarkan permusuhan lama.

“Disebut juga harus ada sikap rekonsiliasi supaya mententeramkan ketegangan politik,” kata Anwar di dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beberapa minggu lalu, Jusuf mendesak Anwar supaya menepati janji tersebut dan menerima keputusan PRU-13.

Sehingga hari ini, Anwar berkata beliau menolak keputusan PRU-13 yang dakwanya tidak mengambarkan suara rakyat Malaysia, dan sarat dengan kepincangan dan penipuan.

Menurut Anwar, apa yang terkandung di dalam dokumen berkenaan tidak dipatuhi dan perkara berkenaan boleh dilihat sendiri di dalam paparan media selain kenyataan beliau yang mahukan akses media yang adil.

Sebelum itu, Anwar dan isteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana berhubung dakwat kekal yang digunakan pada PRU-13 yang lalu.

Anwar mendakwa dakwat tersebu tidak kekal seperti yang dijamin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.

“Saya sendiri pergi mengundi sekitar pukul 9.30 pagi di Kubang Semang dan pada kira-kira pukul 5 petang hari yang sama saya basuh jari saya dan mendapati semua dakwat yang dicalit habis tertanggal.

“Ini merupakan satu penipuan oleh SPR pada pilihan raya kali ini,” kata Anwar.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION