NASIONAL

Anwar : Saya Tidak Akan Berundur Sehingga Demokrasi Ditegakkan

himpunan suara rakyat kelana jaya 01

KELANA JAYA, 9 MEI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan sehingga demokrasi sebenar ditegakkan di Malaysia.

Mengulas desakan awal pihak lawan yang menggesa beliau berundur sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar menegaskan peningkatan sokongan rakyat terhadap PR merupakan bukti jelas untuk beliau kekal di persada politik negara.

“Ada orang kata Anwar kamu undur kalau kalah. Saya cakap Pakatan Rakyat menang, saya tidak akan undur.

“Kita teliti keputusaan, dengan segala tipu helah, rakyat masih sokong PR pada 52 peratus,” katanya dihadapan lebih 50,000 himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya semalam.

Dengan nada sinis Anwar menyatakan, tanpa tipu helah pelbagai pihak sudah semestinya Umno-BN sudah anwar himpunan kelana jaya suara rakyat 01tewas pada PRU-13.

Jelasnya, ini adalah permulaan pertarungan antara rakyat dan penguasa yang korup.

Anwar turut memberikan reaksi balas berhubung laporan akhbar awal miggu ini berhubung persoalan kehendak kaum Cina sehingga beralih mengundi PR.

“Malam ini rakyat beri jawapan. Ada orang tanya Cina mahu apa?

“Saya jawab Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu pilihan raya yang adil.

“Saya tambah lagi jawapan Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu Umno-BN tumbang.

“Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu hak rakyat Malaysia jangan dirampas,” katanya lagi.

Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak melagakan suku kaum di negara ini kerana di dalam kempen PR sendiri menerangkan mesej jelas menolak rasuah, kezaliman dan perkauman.

Selain itu, mulai Sabtu ini, rakyat digalakkan memakai pakaian berwarna hitam seluruh hari sebagai tanda kekecewaan terhadap sistem demokrasi.

Dalam pada itu, Anwar dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat yang mengundi PR selain turut sama dalam agenda perubahan.


Pengarang :