Bersih Jejak Warga Asing Dibawa Masuk Semalam Untuk Mengundi Esok | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Bersih Jejak Warga Asing Dibawa Masuk Semalam Untuk Mengundi Esok

bersih abu pc pengundi hantu 01

PETALING JAYA 4 MEI : Sekumpulan warga asing dipercayai terlibat sebagai pengundi hantu dibawa masuk ke Selangor semalam menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapanga nterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim berkata, risikan mendapati lebih 100 warga Bangladesh diangkut dengan enam van dari KLIA ke sebuah ladang kelapa sawit di Dengkil, Selangor.


“Maklumat diperoleh menyatakan sebuah penerbangan MH8611 dari Kota Kinabalu ke KLIA bertolak pada Khamis jam 10 malam dan mendarat pada Jumaat jam 12.30 tengahari.

“Skuad diketuai saya pergi ke KLIA bagi mengesan perkara itu mendapati kapalterbang bagi penerbangan MH8611 kosong tetapi kita mengesan sebuah kapal terbang Malindo membawa penumpang tersebut.

“Semua mereka dibawa keluar tidak menggunakan laluan biasa tetapi menerusi laluan kargo,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, semua warga asing itu diangkut dalam enam van yang padat di mana dua darinya adalah van dengan pelekat Risda.

Beliau menjelaskan van yang membawa warga asing tersebut dipandu dengan keadaan yang mencurigakan kerana kenderaan itu berhenti beberapa kali.

Haris berkata pemandu van bertindak demikian kerana ingin mahu mengelak daripada diekori.

“Ketika tiga van berhenti di mana kereta kami turut berhenti, sebuah bas datang bagi mengangkut mereka.

Van-van tersebut kemudian berhenti di hadapan kereta mereka bagi menghalang skuad Haris daripada terus menjejaki bas tersebut.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, menurut sumber terdapat lebih kurang 15 penerbangan sehari yang mendarat di KLIA bagi tujuan itu.

Menurutnya, pihaknya mempercayai semua kumpulan warga asing dibawa masuk pihak tertentu demi kepetingan Barisan Nasional (BN).

“Rakyat diminta bertindak dengan menyalurkan maklumat supaya perkara ini dapat diambil tindakan.

“Hanya rakyat tempatan berhak menetukan pemerintahan negara ini dan bukannya pihak luar,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan melayari lama sesawang : https://pru13.INFO/ADUAN atau talian 03 – 7931 8040 (panggilan), 013 – 7711 071 (SMS).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION