Calon MB Selangor Diputuskan Pemimpin PR, Dikemukakan Ke Sultan Masa Terdekat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Calon MB Selangor Diputuskan Pemimpin PR, Dikemukakan Ke Sultan Masa Terdekat

khalid mb pc PR Selangor 6 mei 01

SHAH ALAM, 6 MEI : Calon Menteri Besar Selangor, akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda.

Menurut, Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.


“Keputusan calon Menteri Besar akan diputuskan oleh kempimpinan tertinggi PR dan juga nama tersebut mesti diterima oleh DYMM Tuanku Sultan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Dewan Perumahan Exco Negeri Selangor hari ini.

Menurut Abdul Khalid ketika ini PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN, diikuti DAP juga 15 dan PKR 14 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 44 kerusi DUN yang dimenangi PR.

Beliau bagi pihak PR Selangor turut mengucapkan terima kasih atas keyakinan yang diberi kepada PR untuk meneruskan lagi kecemerlangan Selangor dan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dimulakan pada 2008.

“Ini membuktikan kita telah menunaikan janji kepada seluruh rakyat Selangor yang tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan bahawa kita gagal mentadbir Selangor dengan baik.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana menolak politik perkauman yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional terutama ketika kempen PRU 13,” kata Abdul Khalid lagi yang juga Adun Pelabuhan Klang.

PR Kali pertama berjaya menguasai Selangor dalam PRU-12 pada 2008 lalu setelah menang di 36 DUN negeri itu.

Ekoran kemenangan tersebut Abdul Khalid dipilih sebagai Menteri Besar oleh Baginda Sultan Selangor dari 2008 hingga pembubaran DUN baru-baru ini.

Kemudian dalam PRU-13 yang berlangsung semalam, PR Selangor memperolehi kemenangan lebih bergaya dari sebelumnya apabila berjaya menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION