Dua Penduduk Buat Laporan Polis Pengundi Ragu Di Rumah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Dua Penduduk Buat Laporan Polis Pengundi Ragu Di Rumah

rafizi undi hantu pandan 01

AMPANG 5 MEI: Dua individu mendapati alamat rumah mereka digunakan untuk mendaftar pengundi bukan dari ahli keluarga mereka.

Lebih mengejutkan salah satu nama yang meragukan itu cuba membuang undi di Sekolah Agama Rakyat Integrasi (KAFA) Al-Rahimah Taman Dagang, Ampang.


Namun percubaan itu berjaya dibantah agen mengundi PKR yang mendapati nama berkenaan dialamatkan di rumah pengundi lain.

Individu berkenaan berjaya melarikan diri dan tidak membuang undi apabila dirinya dikesan petugas pilihan raya.

Sok Leong Yew, 43 yang tinggal bersama adiknya, Seok See Wai, 33 nyata terkejut apabila rumah mereka mempunyai empat nama lain walhal mereka tinggal berdua.

“Pagi ini saya keluar undi awal pagi. Adik saya pegi undi kemudian pulang untuk ambil air. rafizi undi hantu pandan 02

“Dalam peti surat saya dapat kertas makluman mengundi enam keping.

“Dua saya dan adik. Empat keping yang lain kami tidak kenal,” katanya.

Dari empat nama berkenaan, dua antara mereka Chen Yew Joe mempunyai kad pengenalan bernombor 841217-14-5937 sementara Chen Yew Weng memegang nombor 851217-14-5557.

Kedua-dua nama mempunyai hari dan bulan lahir sama tetapi tahun yang berbeza.

Dua nama lain adalah Chen Yew Fai (760930-5671) dan Chen Sze Won (780527-14-5784).

Seorang lagi penduduk Sivaprasam Karappian, 60 mendapati kediaman beliau mempunyai dua lagi nama berdaftar walhal beliau tinggal di rumah sewa berkenaan sejak ia siap dibina.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Ampang Jaya sambil ditemani calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Sementara itu Rafizi memaklumkan, tiga nama yang tertera di baucar Sok Leong Yew telah ditahan di Pandan.

Beliau meminta petugas untuk mengambil salinan kad pengenalan dan gambar pengundi untuk dijadikan bahan bukti siasatan kelak.

“Saya tidak mahu SPR dan pihak berkuasa menjadi alasan tidak menyiasat kejadian ini.

“Kalau ade kekasaran akan meneggelamkan isu pengundi hantu,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION