NASIONAL

Guan Eng : Teng dan Ean Yong Calon Exco Selangor

pakatan selangor

SHAH ALAM 17 MEI : Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah akan dicalonkan untuk jawatan Exco Selangor oleh DAP.

Manakala calon Exco selebihnnya akan diumumkan kemudian selepas perbincangan dengan komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

“Teng mohon untuk ditukar daripada jawatan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) ke jawatan Exco dan saya bersetuju ean yong hian wahdengan permintaan beliau.

“Manakala Ean akan kekal sebagai Exco Selangor untuk penggal kedua,” kata Guan Eng.

Kata Guan Eng, pemilihan calon Exco Selangor daripada DAP dibuat oleh Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

“Tiada sebarang pengumuman akan dilakukan sehinggalah segala perbincangan selesai,” kata Guan Eng.

Pada 14 Mei, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata barisan exco Selangor bakal diumumkan pada minggu hadapan.

pc teng 2Pada pilihanraya ke-13, Pakatan Rakyat Selangor mendapat lebih dua pertiga kerusi di dalam Dewan Negeri Selangor apabila gagasan itu memenangi 44 daripada 56 kerusi.

DAP dan PAS masing-masing memperoleh 15 kerusi Dewan Negeri Selangor, manakala PKR memenangi 14 kerusi.


Pengarang :