NASIONAL SELANGOR

Kes Nik Nazmi : Akta Perhimpunan Aman Patut Dicabar

nik nazmi dakwa mahkamah 01

SHAH ALAM 21 MEI : Gerakan Mansuhkan ISA menyokong tindakan Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mencabar Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) di Mahkamah Tinggi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata langkah tersebut perlu kerana ada peruntukan dalam akta tersebut yang cuba menghadkan Perkara 10 Perlembagaan yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Dari segi perhimpunan aman, sebelum digubalkan akta ini sudah ada banyak persoalan yang timbul.

?Iaitu sama ada ianya memberi kemudahan kepada rakyat mengadakan perhimpunan secara aman ataupun ianya sebenarnya menyulitkan lagi.

?Soal perhimpunan aman sebenarnya adalah selari dengan Perlembagaan Perkara 10 memang ada hak untuk rakyat berhimpun. Tapi dari segi mekanisma ia ditinggalkan.”

PAA adalah undang-undang yang mengatur tunjuk perasaan aman di Malaysia.

PPA menggantikan Seksyen 27 Akta Polis dan menuntut penganjur perlu menyerahkan notis kepada polis dalam masa 10 hari sebelum tarikh berhimpun.

Notis itu kemudian akan dijawab dalam masa lima hari, memberitahu had-had dan syarat-syarat yang dikenakan keatas perhimpunan tersebut.

PAA dibidas kerana ia mengizinkan penguasa untuk membanteras penganjuran himpunan aman, dan bukan mempertahankan hak untuk menunjuk perasaan secara aman yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan.

Nik Nazmi minggu lalu didakwa di bawah akta berkenaan minggu lalu kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan ‘Blackout 505’ di Kelana Jaya, 8
Mei lepas.

“Masalahnya apabila perlu diberi notis sepuluh hari ada pula syarat yang tertentu. Seolah-olah walaupun dalam suasana dulu tu perlu satu kebenaran.

?Dulu ada permit sekarang tak perlu ada permit. Ada had-had yang lain.

?Oleh kerana itu cabaran yang dibawa oleh Yb Nik Nazmi tu ada kebenaranya supaya mencabar samada akta itu mungkin bercanggah dengan perlembagaan,” kata Syed Ibrahim lagi.


Pengarang :