Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Kilang Proses Risalah Fitnah Dikesan Di Selayang

AHLI PARLIMEN SELAYANG

SELAYANG, 4 MEI : Kilang memproses risalah berunsur fitnah berjaya dikesan di Selayang Utama di sini

Menurut calon PKR Parlimen Selayang, William Leong, beliau mengesan kewujdan kilang itu ketika berkempen di kawasan tersebut semalam.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Selayang untuk memaklumkan perkara itu dan pada malam yang sama, anggota polis bertindak merampas kesemua risalah berbentuk provokasi itu.

“Melalui siasatan yang dilakukan, kita percaya ia dilakukan pihak Umno-BN ekoran terdapatnya sebuah kereta menggunakan lambang parti itu dipakir di hadapan premis kilang terbabit.

“Kita menyeru kepada semua rakyat supaya tidak terpedaya dengan tipu helah yang ternyata sengaja untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat(PR) lebih-lebih lagi ketika menjelangnya pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan PAS Taman Templer, di sini.

Antara kata-kata yang terkandung dalam risalah itu adalah seperti ‘Jika kami (PR) menang, agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, sistem beraja dimansuhkan, kalimah Allah boleh diguna pakai oleh semua agama, hak istimewa orang Melayu dihapuskan, agensi kerajaan dimansuhkan dan askar serta polis dibubarkan’

William menyifatkan pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran risalah itu sebagai ‘pengecut’ dan sengaja mahu melaga-lagakan parti komponen PR.

Pengedaran risalah berbaur provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama itu mula dikesan di beberapa kawasan Parlimen Selayang, Gombak dan Selangor secara keseluruhannya.


Pengarang :