NASIONAL

Letupan Di Ibu Pejabat PKR, Tiada Kecederaan

bom hq PKR 01
PETALING JAYA 04 MEI : Satu letupan kecil berlaku berhampiran ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square di sini semalam.

Letupan yang berlaku kira-kira jam 9.35 malam itu berpunca dari sebuah bahan letupan yang diletak berhampiran papan pengagihan voltan rendah (PPVR) milik Tenaga Nasional Bhd (TNB), kira-kira 50 meter dari ibu pejabat parti itu.

Seorang kakitangan PKR memberitahu TV Selangor, tidak berapa lama selepas kejadian, sebuah trak bomba dan sekumpulan anggota polis dilihat melakukan pemeriksaan di sekitar pencawang itu untuk mengesan serpihan-serpihan bom tersebut.

Selain beberapa anggota unit forensik Pihak polis juga menggunakan Unit Anjing Pengesan bagi mencari saki-baki bahan letupan dan bahan bukti lain disekitar tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, siasatan awal mendapati kejadian letupan ini sama seperti kejadian letupan di Pulau OLYMPUS DIGITAL CAMERAPinang yang dilakukan bagi menimbulkan ketakutan orang ramai berikutan pilihan raya umum yang berlangsung Ahad ini.

Arjunaidi juga berkata bom buatan sendiri itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan membuat bom buatan sendiri.

“Bahan yang digunakan adalah bahan letupan kecil dan kita juga ada jumpa serpihan mercun.  Dia tahu macamana nak buat bahan letupan, tetapi bahannya hanya bahan asas,” katanya kepada media.

Selain serpihan mercun pihak polis turut menemui serpihan telefon bimbit, bateri, spanar dan beberapa peralatan lain di tempat kejadian.

Kes ini akan disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957 (Pindaan 1991) yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

 


Pengarang :