SELANGOR

Loy Sian Tumpu Masalah Kesesakkan Petaling Jaya

hee loy sian hari ibu 01

PETALING JAYA, 11 MEI : Hee Loy Sian, yang baru mendapat mandat kedua sebagai MP Petaling Jaya Selatan, berkata beliau akan menumpukan perhatian terhadap menyelesaikan masalah kesesakan yang kian membelengu penduduk bandar itu.

Beliau juga mahu menyelesaikan masalah tapak penjaja dan peniaga kecil di kawasan tersebut yang populasi penduduknya semakin padat.

“Saya ingin mencari satu tapak yang selesa dan membina pasar baru untuk memindahkan peniaga ini ke kawasan baru.

“Kita akan cuba selesaikan masalah ini termasuk memperbaiki kesesakan lalu lintas di Seksyen 17,” katanya lagi apabila ditemui dalam lawatannya ke hee loy sian hari ibu 03Pasar Pagi Seksyen 17, di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberinya peluang untuk kekal menjadi wakil rakyat mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Loy Sian yang juga Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan PKR menyifatkan kemenangannya adalah atas dasar kepercayaan yang diberikan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk terus mentadbir Selangor dan peluang itu tidak akan disia-siakan.

“Selepas saya menang pada 5 Mei lalu, inilah hari pertama saya turun padang untuk berterima kasih kepada pengundi kerana memberi sokongan penuh kepada saya untuk terus menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

hee loy sian hari ibu 02“Saya sangat bersyukur atas respon positif penduduk dan memberi kemenangan besar kepada saya juga Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam lawatan itu, Loy Sian turut menyerahkan 1000 kuntum bunga ros kepada pengunjung sempena sambutan Hari Ibu yang akan berlangsung esok.

Pada PRU-13 yang lalu, Loy Sian memperolehi undi sebanyak 41,062 menewaskan lawannya daripada Barisan Nasional (BN), Sheah Kok Fah yang mendapat 21,846 undi. Beliau menang dengan majoriti 19,216 undi.


Pengarang :