Mahkamah Rayuan Batal Saman Ibu Tunggal Terhadap Kerajaan Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Mahkamah Rayuan Batal Saman Ibu Tunggal Terhadap Kerajaan Selangor

rodziah-ibu-tunggal

SHAH ALAM 14 MEI : Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membatalkan membatalkan kes saman ibu tunggal terhadap Kerajaan Negeri  merupakan satu kemenangan kepada rakyat Selangor.

Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengharapkan keputusan ini menjadi ‘precedent case’ untuk kes saman lain yang dihadapi Kerajaan Negeri.


Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata, keputusan ini membuktikan sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah adalah satu kenyataan konkrit dan bernas untuk dibawa dalam kes-kes saman yang lain.

“Kita harapkan pengadilan dan hujahan seperti ini adalah konsisten dalam kes-kes seumpamanya yang lain (saman berhubung janji manifesto).

“Sepertimana hujah peguam A Vishnu Kumar, manifesto bukanlah satu perkara ‘legal'(sah)yang mesti ditunaikan dan bukan terikat di sisi undang-undang,” ujar Rodziah.

Sehubungan itu, beliau optimis kes-kes lain seperti kes saman berhubung pemberian air percuma, bantuan suri rumah dan skim bantuan  warga emas yang masih menanti perbicaraan dan rayuan juga akan berpihak kepada Kerajaan Negeri.

Pada November tahun lalu Murtini binti Kasman (Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor) beserta 2,019 yang lain mengemukakan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor kerana mendakwa gagal menunaikan janji dalam manifesto untuk membayar RM100 kepada ibu tunggal di negeri ini.

Antara lain, saman tersebut menuntut Kerajaan Negeri membayar tunggakan elaun berjumlah RM 10.9 juta kepada mereka.

Pada Februari lalu, Kerajaan Negeri membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengetepikan saman berhubung pemberian air percuma yang difailkan 711 orang menerusi firma guaman Kamarudin & Partners.

Pada penghujung bulan itu juga, Kerajaan Negeri terpaksa berhadapan dengan tindakan saman oleh 1,001 warga emas bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM 2.5 juta.

Selain itu, seramai 1,888 ibu bapa turut bertindak memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri pada Mac lalu bagi menuntut tunggakan RM1.38 juta berhubung bantuan pendidikan pra-sekolah.

Untuk rekod, sehingga Mac tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih RM600 juta untuk pembiayaan air percuma 20 meter padu kepada mereka yang menggunakan meter individu di negeri ini.

Kerajaan Negeri juga dalam tempoh sama telah membelanjakan lebih RM600, 000 untuk Skim Bantuan Tadika (Tunas) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) selain peruntukan melebihi RM 80 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas sejak dilancarkan pada tahun 2008.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION