NASIONAL

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 01

PETALING JAYA, 28 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) diminta menyediakan gerai sementara kepada sembilan peniaga di Pusat Penjaja Jalan Penchala yang terbakar baru-baru ini.

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 02

Usaha ini akan dilakukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian akan menulis surat kepada Datuk Bandar Petaling selepas melawat kawasan kebakaran.

Kata Loy Sian ini kerana perniagaan ini merupakan punca utama mata pencarian peniaga terlibat.

“Dalam masa terdekat ini saya akan menulis surat kepada Datuk Bandar untuk berikan laluan berikan gerai lain untuk mereka berniaga semula buat sementara.

“Gerai satu hingga tiga mungkin lewat sedikit tetapi gerai empat sampai sembilan akan disiapkan segera,” katanya yang menghulurkan sumbangan RM500 kepada semua peniaga terlibat.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 11.10 pagi semalam berpunca daripada letupan gas di gerai no 2 dan mengakibatkan litar pintas.

Kemalangan yang berlaku terlalu pantas mengakibatkan hampir kesemua gerai berkenaan mengalami kemusnahan harta benda terutama peralatan perniagaan.

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 04

Sehingga kini, bomba dan MBPJ masih menyiasat anggaran kos kerosakan dalam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa peniaga yang ditemui mengakui kejadian kebakaran ini menjejaskan punca pendapatan selain terpaksa menanggung kos kerugian barangan perniagaan

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 05

Pemilik gerai no 6, Kaminam Kapi yang berniaga lebih 25 tahun menganggarkan kerugian sebanyak RM8,000 termasuk kemusnahan peralatan perniagaan miliknya.

“Kita tak dapat selamatkan apa-apa. Semua peralatan tidak boleh digunakan seperti peti ais,” katanya.

Bagi Jamaludin Mahmud, ini merupakan kejadian pertama yang dihadapinya selepas berniaga lebih 13 tahun.

Ketika kejadian, beliau hanya menyedari deretan gerai berkenaan mula dijilat api selepas mendengar jeritan orang ramai.

“Saya panik rupanya api sudah berada di atas,” katanya lagi.

Sementara itu, Adun Taman Medan, Haniza Talha berharap pihak MBPJ dapat menyediakan keperluan asas air dan elektrik bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan sementara gerai mereka dibaikpulih.

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 06

Tambah Haniza, pihaknya menghubungi Lembaga Zakat Selangor bagi memohon bantuan bencana untuk meringankan beban peniaga

Selain itu, beliau menggesa pihak MBPJ mengetatkan syarat keselamatan dan kebersihan kepada peniaga agar kejadian sebegini dapat dielakkan.

“Saya harap selepas ini pihak MBPJ boleh mengenakan syarat-syarat untuk meminta peniaga mengutamakan keselamatan dan kebersihan supaya perkara ini tidak berulang,” katanya.

Minta MBPJ Sedia Gerai Sementara Kepada Mangsa Kebakaran 03


Pengarang :