NASIONAL

Noor Hanim: Kemenangan PR Jamin Kebajikan Wanita

Hanim Manifesto

SERI SERDANG 3 MEI: Hak dan kebajikan wanita akan lebih terbela dibawah Pakatan Rakyat(PR) jika diberi peluang mentadbir Putrajaya.

Oleh itu, golongan wanita harus bijak mengambil peluang menilai tawaran di dalam manifesto PR.

Menurut calon PAS DUN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail, ramai golongan wanita berkenaan tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Mereka inilah yang akan diberi keutamaan sepertimana yang ditawarkan dalam manifesto PR.

“Contohnya caruman wanita Malaysia, PR sekiranya memerintah akan mencarumkan sebanyak RM600 setahun dan suami boleh mencarum RM10 hingga RM100 bergantung kepada kemampuan.

“Kita bernasib baik sebab PR prihatin dan memasukkan kebajikan untuk wanita dalam manifesto mereka,” kata Noor Hanim.

Selain itu, sebagai menghargai sumbangan wanita terhadap pembangunan negara, PR turut memperkenalkan Dasar Keberdayaan Wanita untuk memenuhi sasaran nasional 30% penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang 2017.

Noor Hanim 51 tahun, berkelulusan diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansee Institute sebelum ini turut dikenali sebagai aktivis masyarakat di kalangan penduduk Seri Serdang.

Antara aktiviti kemasyarakatan yang disertai beliau, Koodinator Pembangunan Modal Insan Seri Serdang, Ketua Muslimat Masjid As-Salam, Pengerusi Biro Penerangan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) dan aktivis kesedaran kanser.

Noor Hanim juga terlibat dengan merangka dasar lima tahun Jabatan Agama Islam Selangor, sebagai motivator jemputan di sekolah-sekolah, Penyelaras program SPIES untuk guru-guru dan sekolah agama di Selangor dan lain-lain.

Beliau juga menjawat beberapa jawatan penting dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar Seri Serdang dan Puchong.

 


Pengarang :