Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing

SPR garis kuning 01

SHAH ALAM 5 MEI : Beberapa warga asing Myanmar dan Indonesia berjaya ditahan di pusat pembuangan undi di sini hari ini dipercayai pengundi hantu.

Petugas Pakatan Rakyat berjaya mengesan mereka berdasarkan perwatakan mereka yang meragukan.


Calon PR DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengabaikan isu berkenaan.

“Di Padang Jawa, kita telah menangkap dua tiga pengundi hantu warga Myanmar dan Indonesia pagi ini di pusat mengundi.

“Kerisauan kita selama ini berasas. Saya sebagai calon berharap SPR jangan defensif, dia kena jawab secara benar.

“Kenapa masih ada daftar yang tidak bersih,” katanya kepada TVSelangor hari ini.

Calon PR Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata penangkapan hari ini membuktikan bahawa apa yang didakwa Pakatan selama ini adalah benar.

“Pengundi hantu dikesan dan ditahan di Seksyen 7 dan 24. Tahniah kepada petugas yang menahan mereka,” katanya.

Isu pengundi hantu menjadi hangat di Selangor dengan laporan mengatakan terdapat usaha membawa sekumpulan warga asing dengan penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA menjelang hari mengundi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION