NASIONAL

Pakatan Tembus Kubu BN Tanjong Karang, Permatang, Sungai Burong

yahya saari permatang 30 apr 01

TANJONG KARANG 30 APRIL : Calon DUN Permatang Yahya Sahri yakin Pakatan Rakyat ada peluang cerah menawan Parlimen Tanjong Karang serta DUN Permatang dan DUN Sungai Burong.

Katanya, keyakinan itu disandarkan jentera Pakatan yang berjaya menembusi kawasan yang dikategorikan tegar kepada Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-12 lepas.

“Walaupun ada penduduk yang memasang bendera besar Barisan Nasional namun mereka menjemput masuk datang ke rumah dan memberikan signal sokongan.

“Saya minta satu undi daripada tuan dan puan di sini untuk memberikan sokongan kepada saya,” kata Yahya semasa Program Minum Petang yang diadakan di Restoren Nasi Ambeng di sini.

Katanya, berdasarkan laporan yang beliau perolehi, sokongan pengundi kepada Pakatan mendahului sokongan kepada Umno-BN.

“Kita mengharapkan saudara-saudara semua untuk terus kekal dan meneruskan gerak kerja serta memperbanyakkan doa dan munajat agar segala penipuan yang dilakukan¬† Umno-BN akan dapat di atasi,” kata beliau.


Pengarang :