NASIONAL SELANGOR

Penyokong Pakatan Halang Bas Pengundi Warga Asing Di Klang

sekat pengundi hantu sek teknik klang 02

KLANG 5 MEI: Empat buah bas yang didakwa membawa pengundi warga asing gagal memasuki pusat pengundian di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Klang apabila dihalang lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Penyokong Pakatan bertindak menghalang kemasukkan kenderaan-kenderaan tersebut dengan menyekat pintu masuk ke sekolah berkenaan pada kira-kira pukul 4.30 petang.

sekat pengundi hantu sek teknik klang 01

Difahamkan penyokong tersebut bergegas ke sekolah itu setelah mendapat maklumat bahawa bas tersebut akan membawa pengundi warga asing ke pusat pengundian itu.

Setelah mendapati jalan ke sekolah itu dibanjiri penyokong Pakatan, pemandu bas-bas itu terpaksa beralih arah.

Bagaimanapun, salah sebuah bas berkenaan dipercayai cuba menurunkan penumpang-penumpangnya dikawasan berhampiran namun tindakan tersebut dihalang penyokong Pakatan.

sekat pengundi hantu sek teknik klang 03


Pengarang :