Perpustakaan Multi Fungsi RM1 Juta Di Klang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Perpustakaan Multi Fungsi RM1 Juta Di Klang

MB lancar perpustakaan sg undang 01

KLANG 1 MEI : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahu ‘merakyatkan ilmu’ untuk penduduk Selangor, sebuah lagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di buka di Sungai Udang, di sini.

PPAS yang multi fungsi dua tingkat itu menelan belanja RM1 juta dan turut dilengkapi wifi percuma, komputer, bilik belajar dan bilik seminar yang mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa selain taman permainan di sudut luarnya.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata inisiatif itu dilakukan agar penduduk Selat Klang dapat memartabatkan ilmu.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang kepada pelbagai lapisan rakyat agar tidak ketinggalan dalam pembangunan sumber ilmu.

“Kita bina sebab tidak mahu anak-anak menghabiskan masa di cyber cafe seperti aduan yang saya terima dari ibu bapa.

MB lancar perpustakaan sg undang 02“Kita bina bangunan ini multifungsi sebab kita tidak mahu konsep perpustakaan uzur macam sebelum ini, kalau kita
buat macam itu orang lalu pun tidak mahu masuk,” katanya dalam ucapannya dalam majlis perasmian PPAS itu.

Majlis Perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Pengarah PPAS negeri, Mastura Mohamad.

Sementara itu, Abdul Khalid berharap penduduk di kawasan sekitar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan sebaiknya.

“Kita sudah bina dengan konsep santai keluarga, kita harap penduduk dapat menimba ilmu secara berterusan selaras dengan konsep menjadikan negeri Selangor sebagai negeri ilmu,” katanya.

PPAS Sungai Udang itu merupakan PPAS yang kesembilan dibina di negeri Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION