PKR Gesa RCI Ditubuh Siasat Pemberian IC Di Seluruh Negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

PKR Gesa RCI Ditubuh Siasat Pemberian IC Di Seluruh Negara

wan azizah kapar speech 01

PETALING JAYA, 25 MEI : PKR menggesa Suruhanjaya Bebas diadakan bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di seluruh negara dan bukan Sabah sahaja.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata usaha tersebut bagi menyiasat dakwaan bahawa ramai warga asing diberi KP untuk mengundi di pilihanraya umum ke-13.


Beliau menyatakan perkara itu dalam ucapannya di Kongres Nasional Keadilan Ke-9 ini berlangsung di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Wan Azizah turut mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang mahu kepimpinan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletak jawatan kerana gagal melaksanakan PRU 13 dengan adil, bersih dan telus.

“Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dipertikaikan kerana kecurangan SPR mengkhianati perjalanan pilihan raya. Penggunaan dakwat yang tidak kekal ini adalah bukti jelas proses PRU yang dijalankan adalah tidak telus,” kata beliau.

Ujar Wan Azizah lagi, terdapat bukti bahawa jumlah kertas undi di dalam peti undi jauh berbeza dengan jumlah yang dikeluarkan,
seperti di dalam kes Parlimen Balik Pulau.

“Mandat yang telah diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU telah dinafikan dan dirampas oleh Barisan Nasional lantaran kecurangan SPR yang mengkhianati proses pilihan raya,” kata Wan Azizah.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION