Polis Tangkap Rakyat Sendiri, Tapi Biar Warga Asing Berleluasa? | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Lizawati Madfa

Polis Tangkap Rakyat Sendiri, Tapi Biar Warga Asing Berleluasa?

20130507_163951

KLANG 7 MEI : Polis tidak seharusnya menahan lima orang penduduk di Klang berhubung insiden penahanan dua bas dipercayai membawa warga asing di Pandamaran, Klang ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Ajen pilihan raya bagi Ahli Parlimen Klang, Sarajun Hoda Abdul Hassan berkata, kelima-lima individu berkenaan bukan penjenayah dan menimbulkan kekacauan tetapi membantu menahan warga asing yang dipercayai dihantar secara beramai-ramai untuk mengundi di Klang.


“Mereka di Pandamaran ini sebenarnya tolong mencegah penyelewengan dan salah laku pada PRU-13, mereka bukan penjenayah, tapi bila mereka mengesyaki wujudnya ada pendatang asing, mereka akan halang.

“Dan mereka tidak menghalang pengundi yang betul-betul berdaftar untuk mengundi,” jelas beliau dalam satu sidang media hari ini.

Dakwanya, polis memaklumkan akan menahan 150 hingga ke 200 orang suspek lagi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Charles Santiago yang kini Ahli Parlimen Klang pernah memfailkan aduan sebanyak empat kali kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengundi hantu, pemindahan pengundi keluar dan masuk ke Klang tetapi tiada maklumbalas sehingga PRU-13 berakhir.

Sementara itu, peguam Charles, Mishant berkata, polis mendakwa mempunyai cukup bukti bagi menahan kelima-lima mereka dengan hanya berdasarkan rakaman video dan gambar.

Mishant berkata, siasatan polis boleh dilakukan tetapi tidak perlu sampai mereman mereka sehingga ke hari ini.

“Kita tak halang polis untuk siasat, tapi mereka tidak sepatutnya direman, kalau mereka salah, biar mahkamah yang putuskan, kita harap polis tidak cuba mencetuskan lebih provokasi kepada penduduk Klang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mishant mempersoalkan tindakan polis yang membebaskan warga asing yang ditahan itu tanpa sebarang pengumuman mengenainya.

“Dua bas ini ditahan di Pandamaran B, semua bas ini bawak banyak warga asing Bangladesh, Indonesia, Myanmar.

“Kita harap polis umumkan nama-nama orang di dalam bas itu dengan pasport sekali, untuk pengetahuan penduduk Klang, sepanjang pengetahuan saya, mereka semua ini sudah dibebaskan,” katanya lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION