PR Berjaya Pertahan Penang Atas Sokongan Semua Kaum | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

PR Berjaya Pertahan Penang Atas Sokongan Semua Kaum

guan eng parlimen 07

SHAH ALAM, 8 MEI : Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu adalah kerana mendapat sokongan padu daripada semua kaum, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, undian bagi PR Penang meningkat sebanyak 7.7 peratus daripada 58 peratus (2008) kepada 65.7 peratus untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Manakala bagi kerusi Parlimen bertambah daripada 63 peratus kepada 67 peratus (peningkatan 4 peratus) dalam PRU kali ini.

Beliau berkata, peningkatan peratusan undi yang dicatatkan di kedua-dua DUN mahupun Parlimen jelas membuktikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pimpinan PR sejak 2008.

“Peningkatan peratusan undi kepada PR hanya boleh dicapai dengan sokongan semua komuniti kaum Cina, India dan Melayu.

“Walaupun peningkatan ketara adalah daripada kaum Cina dan India, tetapi sokongan kaum Melayu juga memainkan peranan dan tidak boleh diketepikan.

“Jika tidak, bagaimana sebuah negeri dengan pengundi Melayu lebih daripada 35% boleh memberi sokongan 67 peratus untuk PR bagi kerusi Parlimen dan DUN?” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan memainkan isu tsunami Cina di media perdana.

Katanya, beliau yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan mainan politik perkauman BN yang kerap dijadikan tumpuan sepanjang tempoh kempen pilihan raya dan sehingga kini.

“Kaum Melayu dan bukan Melayu tidak begitu bodoh untuk mempercayai politik perkauman yang dibawa oleh BN ini dan akan menerima politik kerjasama PR.

“Saya berjanji akan berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik termasuk penyokong BN sendiri,” katanya lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION