NASIONAL SELANGOR

PRU 13 : Pertembungan Anwar-Najib

pakatan rakyat putrajaya naeem

KOMENTAR : Esok, 5 Mei 2013, seramai 13.3 juta pengundi berdaftar di seluruh negara akan membuang undi dalam pilihanraya umum ke-13.

Menurut Suruhanjaya Pilihan raya SPR seramai 1,903 kertas penamaan calon diterima diseluruh negara pada hari penamaan calon pada 20 April lalu.

Dari Jumlah tersebut tiga pencalonan di tolak

Sebanyak 222 kerusi parlimen dipertandingkan. Dari angka tersebut 25 kerusi parlimen dipertandingkan di Sabah dan 31 kerusi parlimen di Sarawak.Menjadikan 56 kerusi dipertandingkan di Malaysia timur.

Manakala baki 166 kerusi parlimen dipertandingkan di semenanjung.

Sementara pertembungan di Dewan Undangan Negeri atau DUN, 505 kerusi dipertandingkan diseluruh negara. SPR pengundi hantu selangor 01

Dari jumlah tersebut 383 kerusi dipertandingkan di semenanjung dan 122 kerusi dipertandingkan di Sabah dan Sarawak.

Barisan Nasional menyertai kesemua kerusi parlimen dan DUN dan begitu juga dengan gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.

PKR membariskan 99 calun Parlimen dan 172 calun Dewan undangan negeri, PAS pula bertanding di 73 parlimen dan 236 kerusi dun. Sementara DAP hanya bertanding di 51 kerusi parlimen dan 102 Dun.

PRU-13 kali ini pula mencatatkan paling ramai penglibatan calon bebas iaitu di 79 kerusi parlimen dan 191 kerusi dewan undangan negeri.

Begitu juga dengan perebutan beberapa kerusi yang melibatkan pertembungan beberapa penjuru.

Ini termasuk pertembunagn empat penjuru di 24 kerusi parlimen dan 42 kerusi Dun, lima penjuru di 7 parlimen dan 25 Dun, enam penjuru di satu parlimen dan 10 Dun dan tujuh penjuru di satu parlimen dan satu dun.

Tempoh kempen untuk PRU 13 adalah 15 hari bermula 20 April hingga menjelang detik tengah malam ini.

media baruBerdasarkan saluran kempen BN sememangnya mempunyai lebih banyak access berbanding Pakatan Rakyat.

Berdasarkan beberapa lapuran didapati BN menggunakan 26 saluran Radio, 9 saluran television dan 11 media cetak yang  boleh diperoleh rakyat setiap hari.

Manakala pakatan Rakyat hanya menggunakan media rasmi parti dan selebihnya saluran media dari internet.

Dalam PRU 13 ini beberapa negeri menjadi tumpuan. Antaranya negeri Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno yang dikatakan kubu paling kuat parti itu.

Tindakan Paktan Rakyat menggempur negeri di selatan tanah air itu terbukti dengan pertembungan Penasihat DAP, lim Kit Siang di P162 Gelang patah bertembung satu lawan satu dengan Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman

Di Parlimen P140 Segamat pula Pengerusi Perhubungan PKR JOHOR, Chua Jui Meng akan menentang penyandang kerusi tersebut Dr S Subramaniam.

Manakala di P125 Putrajaya pula menemukan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ramai dikalangan pemerhati politik dalam dan luar negara memperkatakan pertembungan sebenar PRU 13 membabitkan dua tokoh utama iaitu antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib ditafsir sebagai legasi terakhir dari teori RAHMAN.  Manakala Anwar pula dilihat sebagai puncak kepada gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan setelah negara di kuasai lebih 56 tahun legasi dari parti yang kini diterajui Najib. anwar najib

Justeru, esok adalah detik dimana lebih 13.3 juta pengundi berdaftar akan membuat pilihan yang mana lebih 48 % terdiri dari pengundi muda.

Pada PRU 12 pada 2008, enam negeri telah berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat yang kemudiannya Perak dirampas kembali BN apabila tiga calon Pakatan melompat parti.

Persoalan ini hanya akan terjawab pada 6 Mei nanti.

Kami di TV selangor mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat malaysia


Pengarang :