Rafizi Cabar Khairy Buktikan Menang Di Rembau Tanpa Penipuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Rafizi Cabar Khairy Buktikan Menang Di Rembau Tanpa Penipuan

 

Rafizi SAM

PETALING JAYA, 20 MEI: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin dicabar agar membuktikan kemenangannya di parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke13 lalu bukan disebabkan penipuan pilihan raya.


Cabaran itu dibuat berikutan kumpulan siasatan penipuan dan penyelewengan PRU-13, #siasatpru-13 yang diketuai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut menerima laporan polis berhubung isu penipuan pilihan raya oleh pengundi di Parlimen Rembau.

Pengundi tersebut, Mohd Khir Shaari membuat laporan di Balai Polis Rantau, Seremban pada 5 Mei apabila Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman tidak membenarkan beliau mengundi dengan alasan sudah mengundi.

“Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi lagi, Khairy perlu membuktikan seperti mana dakwaan dirinya sebagai seorang menteri yang moderat dan boleh menerima pandangan semua pihak termasuk sayap pemuda Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini PRU-13 yang berlangsung 5 Mei lalu mencipta sejarah apabila menjadi pilihan raya terkotor pernah diadakan sepanjang 13 pilihan raya.

Antaranya, kewujudan pengundi hantu, warga asing diberikan kad pengenalan untuk mengundi dan penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir kakitangan SPR.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION